KKM saran orang ramai ambil dos penggalak kedua

0
1
vaksin uitm

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan berlaku peningkatan tren peningkatan dalam pengambilan dos penggalak kedua di fasiliti kesihatan seluruh negara, sejak dua minggu lalu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata pengambilan dos penggalak pertama meningkat daripada 49.8 peratus atau 16,279,746 dos kepada 49 peratus iaitu sebanyak 16,292,524 dos, berbanding pada 1 Januari lalu.

“Dos penggalak kedua juga menyaksikan peningkatan iaitu sebanyak 2.2% atau 733,668 dos berbanding 1.9% atau 633,941 sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan individu yang belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19 agar segera mendapatkannya bagi melindungi diri dan orang tersayang khususnya menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zaliha berkata, kes harian Covid-19 kekal mencatat angka bawah 500 kes sejak pembukaan sempadan negara Republik Rakyat China (RRC) pada 8 Januari lalu.

Selain itu, katanya, pelaporan kes harian Covid-19 kekal tiga angka sejak 17 Disember 2022.

“Berdasarkan laporan, sejumlah 28,705 pengembara dari RC dilaporkan tiba di Malaysia sejak 8 Januari hingga 17 Januari lalu.

“Tiada pengembara dari RRC yang dikesan positif Covid-19 di pintu mask antarabangsa negara setakat ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here