Ibu tekup anak hingga mati didakwa di mahkamah

0
2

SEORANG ibu muda didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini atas dakwaan membunuh anak kandungnya yang berusia satu tahun enam bulan, Ahad lalu.

Suspek berusia 20 tahun itu tiba di Mahkamah Sesyen pada 8.55 pagi, memakai baju lokap bewarna ungu dan diiringi anggota polis, lapor Berita Harian.

Wanita ini akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan

Semalam, media melaporkan suspek yang juga seorang kerani di sebuah syarikat swasta disyaki membunuh anaknya dengan menekup muka kanak-kanak berkenaan pada 12 Januari lalu.

Jenayah itu dilakukan di sebuah kondominium ketika berada di inap desa di Cyberjaya bersama kekasihnya berusia 21 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, kanak-kanak itu mengalami pendarahan di kedua-dua belah anak mata berkemungkinan disebabkan penderaan terhadap mangsa sehingga menyebabkan mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Berita kematian kanak-kanak itu dimaklumkan oleh pegawai perubatan Hospital Cyberjaya pada Ahad lalu 8 pagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here