MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata beliau dan timbalannya, Adam Adli tidak memerlukan protokol yang berlebihan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Sehubungan itu, tegasnya, warga KBS tidak perlu menunggu untuk menyambut ketibaan mereka berdua berjam-jam lamanya.
“Tidak perlu berdiri dan menunduk hormat kepada kami. Cukup dengan warga KBS melaksanakan dan menjayakan apa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat.
“Itu sudah memadai dan menjadi tanda kalian menghormati kami,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam amanat pertama kepada warga KBS selepas hampir enam minggu saya menggalas amanah menjadi menteri di kementerian itu.
Hannah berkata, beliau di pejabat Menteri dan pejabat Timbalan Menteri adalah satu pasukan dan mahu semua pihak memberi kerjasama kepada kedua-dua pejabat itu.
Pada masa sama katanya, setiap dasar dan program dilaksanakan mesti berdasarkan data, supaya berkesan kepada golongan sasar atau pemegang taruh. – Malaysiapost

