Najib wajib dapat perbicaraan adil – Shahrir

0
1
Foto Kredit: Facebook Shahrir Samad Tok Uban

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Abd Samad menegaskan Datuk Seri Najib Razak wajib mendapat perbicaraan yang adil berhubung kes penyelewengan dana Syarikat SRC International.

Menurut Shahrir, beliau pagi ini berada di Istana Kehakiman di Putrajaya untuk mengikuti semakan semula keputusan sabitan yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

“Sebelum dan selepas PRU15, Umno menegaskan bahawa Najib wajib mendapat perbicaraan yang adil.

“Penegasan ini kerana terdapat beberapa kepincangan, terutama di peringkat Ketua Hakim Negara yang mengetuai barisan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata Umno juga menganggap kedudukan Hakim Perbicaraan di Mahkamah Tinggi adalah suatu kepincangan yang ketara.

Ini kerana katanya, Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terlibat dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pendek kata, pendirian Umno sehingga kini adalah Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil.

“Najib, dalam bahasa yang mudah, dinafikan haknya sebagai seorang warga Malaysia di bawah Perlembagaan Malaysia,” katanya.

MAHKAMAH Persekutuan Putrajaya haru ini akan mendengar semakan semula keputusan sabitan, hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International.

Permohonan bekas Perdana Menteri itu akan didengar lima panel hakim pada jam 9 pagi dan dibuat mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995, lapor Sinar Harian.

Peraturan itu memberikan mahkamah tertinggi sedia ada untuk, antara lain, mengkaji semula keputusan terdahulu atas alasan ketidakadilan dan penyalahgunaan proses.

Pada 6 September lalu, Najib, 70, memfail semakan terhadap keputusan berkenaan atas alasan haknya untuk mendapatkan perbicaraan adil sebagaimana dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Najib memohon agar mahkamah tertinggi negara supaya menyemak keputusan panel lima hakim berkenaan dengan memohon perintah supaya keputusan rayuan utama beliau diketepikan dan dilepas serta dibebaskan daripada tuduhan yang dikenakan terhadapnya. – Malaysiapost

Foto Kredit: Facebook Shahrir Samad Tok Uban

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here