Luruan monsun dijangka melanda timur Semenanjung

0
1

LURUAN monsun dijangka berlaku di timur Semenanjung bermula esok hingga 23 Januari ini dan berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terlibat.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata jabatan itu telah mengeluarkan amaran hujan berterusan kepada negeri yang terbabit iaitu Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa dari esok hingga 22 Januari.

“Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah dan barat Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan awal malam dalam tempoh ramalan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut memaklumkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan dikeluarkan berkuat kuasa sehingga 23 Januari.

Sehubungan itu irang awam dinasihat untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here