Rayuan hukuman penjara Wan Ji tangguh 7 April

0
2

RAYUAN pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin di Mahkamah Rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara terhadapnya selepas didapati bersalah mengeluarkan perkataan menghina Sultan Selangor, ditangguhkan 7 April depan.

Peguam bela Wan Ji, Sangeet Kaur Deo, mengesahkan perkara berkenaan.

“Penangguhan itu akan memberi masa untuk lebih bersedia dalam rayuan berkenaan selepas mengambil alih kes berkenaan daripada peguam, Ramkarpal Singh,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Sebelum ini, prosiding rayuan ditangguhkan berikutan peguam ingin mengemukakan beberapa persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan antaranya sama ada Akta Hasutan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan atau tidak.

Wan Ji didakwa telah menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook (FB) dengan nama wanji.attaaduddi.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada pukul 10 pagi, 5 November 2012.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Dia dituduh pada 10 September 2014 sebelum didapati bersalah di akhir perbicaraan dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 9 April 2018.

Pada 9 Julai 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda hukuman tersebut dengan menambah hukuman penjara sembilan bulan itu kepada satu tahun.

Wan Ji kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun sama dan hukuman penjara yang dikenakan terhadap lelaki berkenaan masih tergantung sementara menunggu keputusan rayuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here