Umno ‘sucikan’ DAP, tetapi dibalas kritikan

0
1
https://malaysiapost.com.my/2022/04/26/aliff-syukri-tiba-di-skmm-bantu-siasatan-klip-video-aidilfitri/

NAIB Presiden PAS Datuk Idris Ahmad menyindir mengenai ‘hubungan baik’ antara Umno dengan DAP yang kini bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, kepimimpian Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 pada hujung minggu lalu dilihat baru sahaja ‘mensucikan’ DAP yang selama ini menjadi seteru dalam arena politik negara, namun sebaliknya menerima kritikan.

“Adakah patut, baru saja Persidangan Agung Umno menjulang dan mensucikan DAP, tiba-tiba ini yang dibalas.

“Ia lah! DAP jujur, PAS tidak jujur,” sindirnya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, mengulas mengenai kenyataan pemimpin DAP Pulau Pinang Dr P Ramasamy, semalam yang berpendapat keputusan mengekalkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno dilihat menjadi ‘beban’ kepada Umno dan Pakatan Harapan (PH).

Ramasamy berkata, keputusan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Umno pada PAU 2022 hanya memberi kelegaan sementara kepada Ahmad Zahid, namun ia menjadi duri dalam daging dalam gabungan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here