Pusat Respons Scam Kebangsaan bantu mangsa penipuan siber

0
1

PENUBUHAN Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bertujuan membantu mangsa penipuan siber agar bertindak segera daripada terus menanggung kerugian akibat pengeluaran wang tanpa sekatan.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, orang awam boleh menghubungi NSRC melalui talian 997 yang beroperasi secara 24 jam.

Katanya, tindakan segera akan dijalankan dengan membekukan akaun serta menyekat pengeluaran wang seterusnya.

“Mangsa penipuan juga perlu membuat laporan polis dan laporan ke pihak bank berkaitan untuk tindakan siasatan lanjut.

“NSRC merupakan inisiatif bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan menangani kes-kes jenayah siber dengan lebih berkesan dan bersepadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati menyalurkan maklumat mengenai perbankan apabila diminta oleh mana-mana pihak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here