Kenderaan barangan dilarang sempena Tahun Baharu China

0
2

KENDERAAN barangan dikenakan larangan pemanduan sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Larangan itu dikeluarkan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sempena kempen keselamatan jalan raya yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mematuhi peraturan jalan raya dan mengurangkan nahas jalan raya.

MOT dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan penguatkuasaan Larangan Pemanduan Kenderaan
Barangan (road-ban) itu akan dilaksanakan pada 20 dan 21 Januari (sebelum perayaan) serta 24 dan 25 Januari (selepas perayaan) ini.

“Larangan ini dikuatkuasakan dengan mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman.

“Tujuan utama ‘road-ban’ adalah bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian,” menurut kenyataan itu.

MOT turut melaksanakan perintah penurunan had laju kebangsaan bersama-sama Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan berkenaan.

Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan semasa memandu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here