Selepas Bung Moktar, Shafie turut sokong penubuhan kerajaan perpaduan

0
2
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal

PARTI Warisan pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyokong saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pembentukan sebuah kerajaan perpaduan untuk mentadbir Sabah.

Sokongan itu hadir selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan perkara sama menerusi kenyataan awal pagi tadi.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Warisan menyokong penuh Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan Rang Undang-Undang Bekalan Gas 2023.

Kedua-dua Rang Undang-Undang itu akan dibentang dalam Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

“Ia selaras dengan perjuangan Parti Warisan untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 dengan sepenuhnya.

“Saya yakin kedua-dua Rang Undang-Undang ini akan mendapat kelulusan kerana hanya memerlukan majoriti mudah,” katanya.

Mohd Shafie bagaimanapun berkata ketidakhadiran Adun Warisan pada sidang DUN hari ini adalah atas sebab perlunya untuk penubuhan secepat mungkin sebuah Jawatankuasa Khas bagi menentukan kepimpinan kerajaan perpaduan Sabah.

Terdahulu Bung Moktar yang juga Ketua Umno Sabah berkata beliau yakin melalui kerajaan perpaduan, ia mampu meredakan suhu politik dan seterusnya menstabilkan politik Sabah ketika ini.

Beliau juga berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima dengan hati terbuka saranan Perdana Menteri ini demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here