Tahniah Wan Junaidi dan Fauziah – TPM

0
2

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menghadiri majlis kesyukuran perkahwinan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi, di Dewan Baitulmal, Kuching, malam tadi.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, dalam satu hantaran di laman Facebook mengucapkan tahniah pasangan berkenaan.

“Alhamdulillah dan tahniah Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi.

“Terima kasih jua di atas undangan ke Majlis Kesyukuran Perkahwinan di Dewan Baitulmal, Kuching, pada malam ini tadi,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Beliau turut berkongsi beberapa gambar majlis meraikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu, bersama pasangannya yang juga seorang bekas pramugari.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian serta Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dan Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.

Wan Junaidi, 77, melangsungkan pernikahan dengan Fauziah, 44, di Kuala Lumpur pada 10 Disember lalu dan ia adalah perkahwinan keduanya selepas kematian isteri Allahyarham Datin Seri Norjanah Feona Sim Abdullah, pada Mei lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here