PKR pecat Tian Chua, 4 ahlinya

0
1

TIAN Chua dipecat daripada parti PKR susulan tindakannya bertanding di kerusi Parlimen Batu sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Selain bekas Naib Presiden PKR itu, empat lagi ahli turut dipecat kerana bertanding dalam pilihan raya tanpa persetujuan parti.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Tan Yee Kew mengesahkan perkara itu dan memaklumkan ia diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti malam semalam.

“Ya, semalam MPP ada mesyuarat dan kami memutuskan untuk memecatnya secara rasmi,” katanya seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Empat ahli PKR yang dipecat ialah Puah Chee Haur dari cabang Parit Buntar; Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali (Gopeng); M Mohganan (Taiping) dan Nur Khairunisa Abdullah (Sadong Jaya).

Chee Haur dan Ahmad Tarmizi masing-masing bertanding di bawah tiket Warisan di Keranji dan Chenderiang manakala Mohganan bertanding di Taping sebagai calon Bebas.

Sementara itu, Nur Khairunisa bertanding di Sadong Jaya ketika Pilihan Raya Sarawak 2021. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here