44 Adun Sabah berkumpul di kediaman rasmi Ketua Menteri

0
1

SERAMAI 44 Ahli Undangan Negeri (Adun) Sabah termasuk lima dari Umno, hadir dalam satu perjumpaan tertutup di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya, petang ini.

Mereka adalah 29 Adun daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) (tujuh), Umno (lima) dan PAS, Parti Harapan Rakyat Sabah serta Bebas (masing-masing seorang).

Sebelum ini, kesemua Adun Sabah terbabit menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Datuk Seri Hajiji Noor ketika kemelut politik Sabah sedang melanda negeri itu.

Menurut Berita Harian, perjumpaan bersama Hajiji bermula jam 3.30 petang tadi itu adalah berkaitan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Selasa depan.

Namun, pertemuan itu dipercayai turut membincangkan situasi politik semasa di Sabah ketika ini.

Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, berkata ia adalah perjumpaan biasa sebelum persidangan DUN diadakan.

“Ia adalah perkara biasa untuk mengadakan perjumpaan sebelum persidangan DUN tetapi sudah tentu Ketua Menteri akan memberi penerangan mengenai perkembangan politik semasa.

“Kita ada 44 Adun dan semua sudah tahu berkaitan perkara ini,” katanya. – Malaysiapost

Foto kredit: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here