TMJ tawar Harimau Malaya guna Stadium Sultan Ibrahim

0
2

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan Stadium Sultan Ibrahim sebagai lokasi alternatif untuk kegunaan skuad Harimau Malaya.

Tunku Ismail bertitah, inisiatif itu bagi memastikan pasukan kebangsaan itu dapat melangsungkan mana-mana perlawanan sepanjang penyelenggaraan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bermula Mac ini.

“Setelah berbincang dengan Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkenaan penyelenggaraan padang SNBJ bermula Mac ini.

“Saya telah berjumpa dengan Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) untuk berkongsi ‘update’ dan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu SNBJ siap,” titahnya dalam Facebook.

Stadium Sultan Ibrahim dirasmikan pada 22 Februari 2020 terletak di Gelang Patah, Iskandar Puteri merupakan stadium rasmi pasukan Harimau Selatan yang memilik pelbagai kemudahan termasuk menggunakan teknologi tinggi.

Stadium ikonik yang menelan kos pembinaan RM200 juta itu dibina bagi menggantikan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin mampu memuatkan 40,000 kapasiti penonton pada satu-satu masa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here