Sesiapa saja masuk ke negara ini akan disaring, dipantau – PM

0
2
Anwar Ibrahim

KEMASUKAN pengembara asing ke Malaysia akan dikawal dengan lebih ketat tanpa menumpukan kepada mana-mana negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, masalah kesihatan rakyat adalah perkara paling utama, begitu juga soal pelancongan serta pertumbuhan ekonomi.

“Sekarang kita tidak ambil pendirian untuk mendiskriminasi mana-mana negara kerana kalau dilihat kadar jangkitan di China, kita tahu kematian di Amerika Syarikat (AS) juga tinggi dan beberapa negara lain.

“Kita ambil tindakan menyelamatkan rakyat kita, jadi sesiapa saja yang masuk harus dipantau dan dikenakan syarat sama,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini beberapa pihak menyarankan agar kerajaan menyekat kemasukan rakyat China ke Malaysia susulan lonjakan kes baharu Covid-19 di negara tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here