Polis janji siasat kes Inspektor rogol remaja dengan telus, adil

0
1

POLIS Kedah memberi jaminan akan menjalankan siasatan dengan telus, adil dan saksama berhubung satu kes rogol remaja bawah umur melibatkan anggota polis berpangkat inspektor.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an direman hingga 5 Januari ini untuk membantu siasatan.

“Bagi memastikan kes ini diselesaikan dalam kadar segera siasatan akan dilakukan oleh seorang pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

“Kami memberi jaminan siasatan yang telus, adil dan saksama akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini seorang remaja perempuan berusia 16 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol pegawai polis tersebut ketika disoal-siasat di pejabat suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan pada 31 Disember tahun lalu.

Mangsa adalah pengadu bagi satu kes lain dan suspek adalah pegawai penyiasat bagi kes tersebut.

Wan Hassan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Beliau juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kes itu hingga boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here