Hannah Yeoh tak boleh tidur

0
2

RAMAI yang menyifatkan kejayaan skuad Harimau Malaya menewaskan Singapura 4-1 di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam tadi, sesuatu yang luar biasa.

Ia susulan aksi hebat dipamerkan anak buah Kim Pan Gon, sekali gus mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala AFF bertemu Thailand.

Turut melahirkan rasa gembira dengan kejayaan skuad kebangsaan ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau antara 65,147 penonton yang hadir menggegarkan stadium keramat Harimau Malaya.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Yeoh mengakui tidak dapat tidur malam tadi kerana terlalu gembira dengan kemenangan pasukan Malaysia.

“Bersama 65,147 penyokong Harimau Malaya yang hadir menyokong pasukan Malaysia melawan Singapura. Kehadiran dan sokongan yang padu!

Tahniah Persatuan Bolasepak Malaysia dan Singapura atas perlawanan yang hebat.

“Saya tak boleh tidur malam ini kerana terlalu gembira. I came, I jumped and I cheered! #DemiMalaysia,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here