BNM berhak tentukan kadar OPR tanpa campur tangan kerajaan

0
1
Bangunan Bank Negara Malaysia BNM

KADAR Dasar Semalaman (OPR) boleh ditentukan Bank Negara Malaysia (BNM) tanpa perlu campur tangan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BNM mempunyai hak dan kuasa dalam membuat keputusan berkaitan OPR bagi memastikan kestabilan ekonomi negara.

Jelasnya, hak dan kuasa yang memberi kesan kepada ekonomi negara telah diberi pengkhususan masing-masing seperti yang termaktub dalam peraturan dan undang-undang Malaysia.

“(Perubahan berhubung) OPR adalah keputusan Bank Negara (Malaysia) dan bukan Kementerian Kewangan. Kalau nak bincang, saya boleh bincang. Tapi itu adalah ‘wenang’ (kuasa) Bank Negara Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai impak dan tindakan oleh Kementerian Kewangan susulan jangkaan kenaikan OPR sebanyak dua kali oleh BNM. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here