Tak suka cara ‘review makanan’, janganlah hina saiz badan saya

0
1

PEMPENGARUH Rifdi Amri meminta netizen menghentikan penghinaan terhadap saiz badannya meski pun tidak gemar cara dia membuat ‘review’ makanan.

Setelah dikecam teruk netizen kerana didakwa kurang sopan ketika melakukan ‘review’ makanan, Rifdi tampil dalam hantaran di Twitter yang mengakui kekhilafan, namun meminta semua pihak tidak melakukan ‘body shamming’ terhadapnya.

Dalam hantaran itu, Rifdi memohon maaf serta mengakui kesilapan dan akan cuba untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.

“Saya ingin memohon maaf mengenai gaya makan yang agak kurang sopan dan menerima teguran secara terbuka.

“InsyaAllah saya akan cuba ubah gaya review makanan agar lebih sopan dan berkualiti selepas ini. Cuma saya mohon janganlah sampai menghina fizikal saya,” katanya.

Terdahulu gelagat Rifdi yang memuat naik video ‘food review’ selera hidangan negara Barat menarik perhatian netizen.

Namun, video tersebut menjadi tular bukanlah disebabkan netizen mengambil tahu tentang makanan ditunjukkan tetapi cara dia menikmati hidangan itu.

Netizen mempersoal cara Rifdi menikmati makanan yang dianggap berlebihan dan rakus.

Rata-rata berkata mereka lebih berasa mual berbanding terliur dengan makanan yang ditawarkan di kedai berkenaan.

“Kerakusan adalah ‘dosa’ dalam mana-mana agama.

“Tolong hentikan budaya makan berlebihan, mukbang dan lain-lain. Menjijikkan,” tulis seorang netizen.

Bukan itu sahaja, pelayar di Twitter juga mengatakan bahawa mereka berasa geli sehingga mengganggu pandangan apabila menonton influencer tersebut menjamah daging sehingga pencicahnya meleleh-leleh di bahagian mulut.

Bagaimanapun terdapat netizen yang prihatin dengan tahap kesihatan lelaki ini.

Selain teguran pada cara Rifdi membuat ‘review’ makanan, mereka juga risau tahap kesihatannya dengan gaya hidup yang makan secara berlebihan.

Rata-ratanya mengutarakan pendapat mereka masing-masing pada ciapan asal dibuat.

“Boleh tak kita hentikan lelaki gempal buat reviu makanan… nampak tak menyelerakan.

“Aku bukan nak fat shaming, tapi lelaki tu dah kena berhenti makan benda tak sihat ni. Dah gaya boleh kena diabetes.

“Perangai apa macam ni. Sopanlah (cara) makan pun.

“Dah 2023. Boleh tak kita hentikan lelaki gempal buat reviu makanan. Nampak tak menyelerakan. Apa kata mereka reviu gim,” kata netizen di Twitter. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here