Azam Azmi didapati bersalah, gantung 2 perlawanan, didenda USD1,000

0
2

PERTAHANAN Harimau Malaya, Azam Azmi Murad dihukum gantung dua perlawanan dan didenda USD1,000 (RM4,406).

Jawatankuasa Teknikal dan Etika Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) mendapati pertahanan negara itu bersalah dalam insiden kekasaran yang berlaku ketika Malaysia bertemu Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 27 Disember 2022.

Keputusan itu menyebabkan dia terlepas untuk beraksi menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Azam juga perlu membayar denda USD1000 yang perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan yang dibuat iaitu pada 2 Januari 2023, lapor Buletin TV3.

Azam juga diminta berkelakuan baik dan tidak mengulangi perbuatan itu dan sekiranya ianya berlaku lagi, tindakan yang lebih tegas akan diambil keatasnya.

Pada perlawanan menentang Vietnam itu, Azam dilayangkan kad merah oleh pengadil Jepun, Ryuji Sato pada minit ke-62 selepas mengasari Doan Van Hau yang menyaksikan Harimau Malaya tewas 0-3. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here