PM tetap bekerja seperti biasa walaupun cuti umum

0
1

BIARPUN masih dalam cuti umum tahun baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bekerja seperti biasa.

Malah Perdana Menteri tetap masuk ke pejabat bagi menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh.

Menerusi kemas kini terbaharu di Facebooknya, Perdana Menteri memuat naik gambarnya sedang menyemak dokumen di pejabatnya, hari ini.

“Di pejabat hari ini selesaikan urusan surat menyurat serta menyertai beberapa mesyuarat penting,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya meminta Ahli Parlimen Tambun itu tidak terlalu memikirkan urusan kerja sewaktu cuti dan mengutamakan kesihatannya.

“Perlu berehat juga Datuk Seri, kesihatan paling utama. Semoga Alllah berikan kesihatan yang baik pada Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia,” kata Amz Bio.

“Letih dan penat tak payah cerita tapi demi negara tercinta digagahi juga. biar Allah balas semua kebaikan,” ujar AmiruddinMahmud.

Dalam masa sama, beberapa komen turut menyatakan kebimbangan berikutan situasi Covid-19 di China dan kemasukan pelancong dari negara berisiko.

“PM ke-10 tolong buat buat langkah pencegahan awal virus dari China sebelum ia merebak masuk ke Malaysia, paling tidak sekat dulu kemasukan warga nya,” tulis Norizwan Aziz.

“Negara lain sudah mengambil langkah ketat terhadap pelancong China. Harap kerajaan dapat lakukan perkara yang sama kerana situasi sekarang amat membimbangkan,” kata Mohamad Jamalee. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here