KJAM cipta rekod tawan 14 puncak tertinggi di Malaysia kurang 100 hari

0
2

KELAB Jelajah Alpine Malaysia (KJAM) mencatat rekod tersendiri apabila berjaya menakluk 14 puncak gunung tertinggi di Malaysia dalam tempoh kurang 100 hari.

Presidennya, Muhammad Illaham Ishak, 46, berkata ia adalah projek pendakian khas KJAM untuk Malaysia Book of Record iaitu ’14 Peaks Malaysia’ dibantu beberapa pendaki sokongan yang bertukar-tukar bagi setiap gunung yang didaki.

Katanya, pelbagai cabaran dilalui bagi menjayakan pendakian yang mengambil masa selama 87 hari dan menepati perancangan awalnya untuk berakhir dalam tempoh kurang 100 hari pendakian.

“Cuaca tidak menentu seperti hujan lebat membuatkan pendakian terutama di Sabah amat sejuk dan basah sehingga kaki salah seorang pendaki sokongan dijangkiti ulat air dan tidak dapat meneruskan pendakian, selain laluan pendakian yang curam dan arus sungai yang deras di Gunung Tahan dan Gunung Mulu.

“Semasa pendakian di Perak, saya mendapat berita mengenai larangan pendakian semua gunung di negeri itu pada 1 November dan itu menyebabkan tempoh misi hanya ada kurang 30 hari untuk melengkapkan pendakian tujuh puncak di Semenanjung,” katanya.

Muhammad Illaham berkata, misi itu dilaksanakan dengan mengambil inspirasi pendakian berterusan 14 Gunung 8,000 meter di dunia oleh pendaki Nepal, Nims Dai.

“Di Malaysia juga ada cabarannya iaitu pendakian 14 puncak hutan hujan khatulistiwa ataupun “Tropical Rain Forest” yang terkenal dengan cabaran yang tidak kurang hebat.

“Biasanya pendaki menamatkan pendakian dalam tempoh dua hingga lima tahun, tetapi kita berjaya juga menamatkannya dalam masa kurang tiga bulan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here