Piala AFF : Stesen LRT Bukit Jalil beroperasi hingga 12.30 malam

0
3

SEMPENA perlawanan skuad Harimau Malaya menentang Singapura dalam aksi peringkat kumpulan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 pada 3 Januari ini, operasi stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan.

Rapid KL dalam kenyataan, memaklumkan operasi stesen berkenaan akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 malam bagi memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan itu berkata stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa, namun penumpang boleh meneruskan perjalanan ke laluan lain dan keluar di stesen masing-masing.

“Penumpang disaran menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) dan pastikan baki mencukupi untuk kelancaran perjalanan.

“Anda diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa ketika menggunakan pengangkutan awam,” katanya.

Pasukan Malaysia kendalian Kim Pan-gon kini berada di tangga ketiga Kumpulan B, manakala juara edisi 2008 dan 2018, Vietnam berkongsi mata dengan Singapura di tangga satu dan dua.

Skuad Harimau Malaya tiada pilihan lain selain perlu mencatatkan kemenangan menentang Singapura pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini, untuk layak ke separuh akhir. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here