Sorotan 2022 : Selamat tinggal ‘permata’ dunia seni

0
2

Nurul Huda Abhar

MENYELAK helaian hari sepanjang tahun 2022, dunia hiburan kehilangan beberapa permata yang sebelum ini menyinar dalam karya-karya yang dipersembahkan untuk penonton.

Pemergian mereka sama ada secara mengejut atau ‘sengaja’ merahsiakan derita disebalik senyuman dan lakonan ternyata memberi kesan kepada industri.

Tahun ini, pemergian nama besar menghadap yang Maha Kuasa sedikit sebanyak mengimbau memori dunia hiburan yang selama ini menyerikan kehidupan penonton.

Masih anda ingatkah pemergian mengejut pelantun lagu Terlalu Istimewa, Allahyarham Adibah Noor yang menghadapi illahi akibat kanser ovari tahap empat di Hospital Gleneages, 18 Jun lalu.

Adibah Noor

Berita itu ternyata mengejutkan ramai pihak, lagi-lagi rakan-rakan seperjuangan Adibah yang tidak diberitahu mengenai penyakit yang dihidapi penyanyi itu.

Penampilan Adibah sebelum meninggal dunia juga mendapat liputan kerana sosok tubuhnya yang kelihatan susut, namun bekas guru bahasa Inggeris tersebut enggan mendedahkan punca sebenar ketika itu.

Pelakon veteran, Hamid Gurkha yang sebelum ini sering membuat penonton tidak kering gusi akhirnya pergi ke negeri abadi selepas disahkan meninggal dunia pada 14 Jun lalu.

Hamid Gurkha

Mesra disapa dengan panggilan Pak Hamid, pelakon Panglima Badol itu meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahiman, Klang akibat kesukaran bernafas.

Kesihatan Pak Hamid juga dilaporkan sudah tidak baik sejak tahun lalu, dan beliau hanya terlantar di kediamannya yang terletak di Klang.

Pemergian pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman di usia 58 tahun ternyata membuat dunia seni hilang satu pencipta karya berbakat besar.

Bob Lokman

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman meninggal dunia di Kubang Kerian, Kelantan pada 23 September lalu, selepas dikatakan mengalami sesak nafas dan berada dalam keadaan lemag.

Tahap kesihatan penulis lagu Isabella itu dilaporkan kurang baik di mana penggunaan jantungnya hanya tinggal 10 peratus beberapa bulan sebelum meninggal dunia.

Seterusnya, pelakon dan penyanyi terkenal era 80an, Aman Shah Abu Kassim meninggal dunia pada 14 September lalu, selepas seminggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Aman Shah

Rakan-rakannya memberitahu bahawa Allahyarham Aman Shah tidak banyak bercerita mengenai penyakit jantung yang dihidapinya.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kepulangan Yang Dinanti di mana karya itu ditujukan khas untuk anak-anaknya.

Berita kematian pelakon, Syazlin Suhaizan Zainal yang terjatuh daripada tingkat 22 sebuah pangsapuri pada 10 November lalu, mengejutkan ramai pihak.

Syazlin Zainal

Allahyarham Syazlin yang juga seorang model dan pempengaruh media sosial dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat AU2.

Pelbagai spekulasi timbul berkenaan kematian tragis Allahyarham Syazlin, namun polis dan ahli keluarganya memohon agar orang ramai berhenti menyebarkan sebarang berita tidak benar berhubung kematian pelakon itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here