GARA-GARA hilang sabar dengan perangai pelanggan yang biadap, seorang petugas kaunter di sebuah lapangan terbang terpaksa meninggikan suaranya.
Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @yanaothmann, seorang pelanggan wanita dirakam bertindak kasar dengan menolak cermin di kaunter sehingga pecah dan terkena kepada petugas.
Lantaran itu, petugas lain yang berada berhampiran kaunter tersebut telah tampil dengan tegas menegur tindakan biadap penumpang yang mengamuk secara melulu.
Terdengar suara jeritan petugas berkenaan, “This is not our problem, this is your problem.”
Mungkin terkejut terkena ‘sound’ dengan petugas, pelanggan yang mengamuk tadi terus meninggalkan kaunter tersebut.
Sementara itu, dalam satu ciapan di Twitter yang viral, seorang lelaki dikenali sebagai mfaizhasni mendakwa staf berkenaan mengalami kecederaan sehingga berdarah di kepala.
Bagaimanapun dia tidak memaklumkan kejadian tersebut berlaku di lapangan mana, namun menurutnya ia disaksikan orang ramai dan jelas mencabar kesabaran petugas kaunter berkenaan.
Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam keras tindakan pelanggan itu yang tidak beradab dan melampau.
Pada masa sama netizen memuji ketegasan staff berkenaan yang memberi amaran keras selain menyifatkan kesabaran manusia ada hadnya dan tidak semua pelanggan itu sentiasa betul. – Malaysiapost

