KEMENTERIAN Kewangan (MOF) dan Digital Nasional Berhad (DNB) digesa memberi penjelasan berhubung tindakan tidak proaktif dalam mempertahankan Rangkaian Pemborong Tunggal (SWN) berkenaan pelaksanaan teknologi 5G.
Konsultan Media Zenqom Sdn Bhd, Adam Sumardi, berkata penjelasan juga perlu diberikan berkenaan kegagalan teknologi 5G yang belum berfungsi di sesetengah model telefon.
“Sedangkan Ericsson telah mengumumkan pelbagai kejayaan di Malaysia antaranya pemasangan menara di kawasan luar bandar serta kelajuan muat turun dan muat naik terhebat di ASEAN baru-baru ini.
“Mungkinkah ketiadaan promosi ini kerana penggerak politik negara tidak mendapat manfaat untuk tembolok sendiri?
“Pernah terdengar bahawa kononnya DNB tidak telus dalam pembahagian kontrak tetapi pernahkah kita mendengar syarikat-syarikat gergasi telekomunikasi negara mengumumkan tender terbuka setiap bulan?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Adam berkata, teknologi komunikasi memerlukan akses kepada maklumat dan rakyat sulit demi keselamatan data negara.
Katanya, telah muncul anasir-anasir pemipuan teknologi oleh itu sebarang perkara yang dilindungi DNB wajib dipelihara agar tidak muncul lebih ramai penipu maya atau ‘scammer’.
”Pengumuman setiap tahun oleh kerajaan Britain mengenai pembatalan khidmat Huawei di UK untuk 5G juga jelas membuktikan bahawa isu keselamatan, perlindungan data dan harta intelek perlu diutamakan untuk perlaksanaan teknologi 5G di Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

