2 penuntut universiti lemas di Sungai Chiling

0
2

DUA penuntut universiti yang beriadah bersama lima lagi rakan mereka di Sungai Chiling Peretak Kuala Kubu Bharu, Selangor dilaporkan lemas tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 12 tengah hari.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal terdapat dua mangsa dilaporkan lemas di sungai berkenaan.

“Setelah sampai di lokasi, benar terdapat mangsa lemas. Mangsa pertama telah dibawa naik oleh orang awam dan mangsa kedua dijumpai oleh anggota bomba pada jam 12.45 tengah hari selepas melakukan pencarian di kawasan kejadian.

“Didapati mangsa juga bersama rakan-rakan untuk beriadah seramai tujuh orang di sini. Malangnya dua mangsa lemas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang juga rakan adalah penuntut dari Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – Malaysiapost
Cc : Norazam Khamis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here