TMJ senarai 10 sumbangan kepada bola sepak tanah air

0
1

PEMILIK pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar mana-mana pihak memberi satu nama yang memberikan sumbangan lebih daripadanya kepada skuad bola sepak kebangsaan dan arena bola sepak tanah air.

Cabaran itu dimuat naik menerusi InstaStory milik Tunku Mahkota Johor (TMJ) selepas ramai mempersoalkan sumbangan beliau dan JDT kepada pasukan kebangsaan dan bola sepak tanah air.

Berdasarkan InstaStory itu, Tunku Ismail turut menyenaraikan 10 sumbangannya dan JDT kepada bola sepak negara.

Berikut 10 fakta:

  1. JDT menyumbang 16 mata AFC MA Ranking – lebih slot kepada pasukan-pasukan Liga Super ke peringkat Asia.
  2. Membantu Malaysia mengutip 32.07 mata ranking FIFA – kedudukan 154 ke 146.
  3. JDT meminjamkan pusat latihan kepada skuad kebangsaan dan meminjamkan Stadium Larkin dan Pasir Gudang untuk tujuan latihan dan perlawanan persahabatan pada tahun 2021.
  4. Menaja RM1.4 juta – menanam rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bermula Mac 2023.
  5. Meminjamkan kanvas stadium untuk menjaga kualiti SNBJ sebelum perlawanan-perlawanan penting pasukan kebangsaan.
  6. Memberi sebuah bas rasmi untuk kegunaan pasukan kebangsaan pada 2017.
  7. Merombak dan mengecilkan saiz pentadbiran FAM untuk menjaga kewangan FAM.
  8. Mengurangkan saman MP Silva terhadap FAM dari RM6.5 juta ke RM1.4 juta dan membayar RM1.4 juta menggunakan duit sendiri untuk menyelesaikan kes saman FAM itu.
  9. Membelanjakan RM12 juta duit sendiri untuk melupuskan hutang-hutang lapuk FAM dan menyuburkan program-program akar umbi FAM.
  10. Menghantar jurulatih skuad kebangsaan ke Sepanyol untuk perkongsian profesional.

“Sekarang saya cabar mana-mana pihak atau individu untuk memberi satu nama sesiapa yang telah memberi sumbangan yang lebih daripada saya kepada pasukan kebangsaan dan bola sepak tanah air. Termasuk pemimpin kelab-kelab anda,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here