Zaid nasihat Anwar, jangan peduli Tun M

0
1

DATUK Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan terus menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri sekali gus mengabaikan apa juga pandangan serta kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya.

Nasihat itu diberikan bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim susulan kenyataan terbaharu Dr Mahathir yang tidak yakin dengan kemampuan Anwar memimpin negara.

“Jangan ambil peduli apa yang Dr Mahathir katakan, dia ni kalau dendam atau marah seseorang itu sampai mati.

“Jadi abaikan dia, buat apa yang awak (Anwar) nak buat,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Baru-baru ini Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau tidak yakin Anwar berupaya memimpin Malaysia selaku Perdana Menteri untuk berdepan krisis kemelesetan ekonomi dan cabaran pemulihan pasca pandemik.

Bekas Perdana Menteri itu juga khuatir dengan kemampuan Anwar menghasilkan strategi dan kaedah terbaik untuk keluar daripada krisis, apatah lagi fokus Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu didakwa tertumpu kepada usaha mengekalkan jumlah sokongan di Dewan Rakyat – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here