53 mangsa banjir masih di PPS Masjid Kampung La

0
1

SITUASI banjir di Terengganu tidak banyak berubah berbanding semalam dengan 53 mangsa kekal berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, memaklumkan kesemua mangsa daripada 12 keluarga itu berada di PPS Masjid Kampung La, Besut.

Jurucakap JPBN Terengganu mengesahkan, mangsa yang berlindung di PPS tidak dapat pulang berikutan kediaman mereka rosak teruk dalam kejadian banjir itu.

“Mangsa terpaksa berlindung di PPS disebabkan kediaman masih belum dibaikpulih,” katanya.

Difahamkan proses pembaikan sedang dilakukan namun sembilan rumah penduduk tidak dapat diselamatkan dengan sebahagiannya dihanyutkan arus deras banjir.

Banjir besar yang melanda Terengganu mulai 17 Disember lalu menjejaskan lebih 41,000 rakyat di semua lapan daerah di negeri itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here