Sulaiman nafi letak jawatan KM Melaka

0
1
Traffic light violation among the bike rider beating and against traffic lights.Traffic light violation among the bike rider beating and against — ONG SOON HIN/The Star.

DATUK Seri Sulaiman Md Ali menafikan beliau bakal meletak jawatan Ketua Menteri Melaka pada awal Januari tahun depan seperti dilaporkan media.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu menegaskan khabar angin itu tidak benar.

Ini kali kedua beliau menafikan spekulasi sama yang pernah timbul Mei lalu.

“Tak betul (letak jawatan KM),” katanya seperti dilapor MalaysiaGazette ketika mengulas dakwaan beliau akan meletakkan jawatannya dalam masa terdekat.

Media sebelum ini melaporkan Sulaiman bakal berundur sebagai Ketua Menteri pada 3 Januari tahun hadapan untuk memberi laluan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Untuk rekod, sebelum ini, spekulasi sama timbul pada Mei lalu kononnya Sulaiman dipaksa pihak tertentu untuk menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri.

Beliau bagaimanapun menafikan perkara itu sambil menyifatkannya sebagai agenda mereka yang hanya ingin menggugat kestabilan kerajaan negeri dipimpinnya sejak Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) November tahun lalu.

Kontroversi jawatan Ketua Menteri Melaka itu kembali hangat apabila Julai lalu timbul dakwaan kononnya akan berlaku undi tidak percaya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, namun tidak berlaku sehingga sidang ditangguhkan tanpa usul berkenaan.

Sulaiman mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada 21 November tahun lalu selepas BN menang 21 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here