Jangkitan Covid-19 rekod bawah 500 kes

0
2

KES jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan dengan 480 kes baharu direkodkan semalam berbanding 609 kes sehari sebelumnya.

Berdasarkan data di portal KKMNOW, sejumlah 473 kes jangkitan baharu melibatkan kes tempatan, manakala tujuh lagi kes import.

Turut direkodkan empat kematian dan tiada kematian atau kes di luar fasiliti hospital (BID).

Sementara itu, kes aktif juga menurun kepada 13,639 yang mana daripada jumlah itu, 12,888 atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 885 pesakit pula mendapat rawatan di hospital dengan 45 orang daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu 20 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 655 kes sembuh dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4,973,346 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here