Islam larang hilangkan kepimpinan Islam – Abdul Hadi

0
1
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=419888719495208&set=pb.100044222510324.-2207520000..&type=3

ISLAM mengharamkan sebarang hubungan yang menghilangkan kepimpinan Islam atau tidak menegaskan kedaulatan atau tiada kuasa agama itu untuk mentadbir kehidupan manusia.

Perkara itu ditegaskan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang berkata begitu juga apabila bersama kumpulan yang bermusuh terhadap Islam, sama ada mereka menghina ajaran atau bermusuh dengan penganut Islam

“Bahkan, kalangan Islam yang melakukan perkara sedemikian dianggap munafiq.

“Rasulullah SAW beristiqamah dengan tegas berpegang kepada prinsip dan konsep yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT, sehinggakan Baginda sanggup membatalkan hubungan dengan bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar syarat dan adab perpaduan dalam Islam.

“Teladan Rasulullah SAW itu menjadi amalan negara Islam generasi awal sepanjang zaman, sehingga berjaya menjadi sebuah negara besar, mempunyai masyarakat majmuk berbagai-bagai agama dan bangsa yang menjangkau tiga benua besar, dari Asia Tenggara sehingga Asia Tengah dan Asia Barat, Utara Afrika dan Selatan Eropah,” katanya dalam tulisan Minda Presiden PAS, di Facebook hari ini.

Abdul Hadi berkata, ketika ini rakyat menyaksikan ideologi yang memimpin kerajaan perpaduan berasaskan bangsa, ekonomi, sempadan wilayah, kerjasama pertahanan dan keamanan sangat singkat bertahan.

Katanya, ia kerana, kepimpinan tidak boleh mengawal nafsu manusia yang tidak dikawal oleh akal dan ilmu berpandukan iman atau akidah yang menjadi petunjuk Allah.

Ujar beliau, Islam membenarkan perbezaan pendapat dan kebebasan beragama namun mewajibkan berlaku adil kepada semua serta diharamkan bersikap melampau dan zalim (ekstrem), walaupun terhadap musuh bukan Islam.

“Islam menegaskan bahawa perpaduan itu wajib dipimpin oleh Islam yang bercirikan keimanan kepada aqidah, syariat dan akhlaknya yang terdapat pada kepimpinan, bukan sekadar mempunyai ilmu dan pengaruhnya sahaja tanpa hidayah Allah SWT.

“Pada masa yang sama, perpaduan itu disertai oleh kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem dan tidak memusuhi Islam, serta melarang dengan hukum haram daripada bersama dengan golongan yang nyata ekstrem dan bermusuh terhadap Islam dan penganutnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here