Puteri Sarah bercuti di Tokyo, mahu tenang dengan anak

0
2

PUTERI Sarah Liyana memilih untuk menenangkan fikiran dan membawa diri bersama dua anaknya bercuti ke Tokyo, Jepun selepas episod keretakan rumah tangga pelakon itu menjadi bualan ramai.

Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Sarah memuat naik gambar berada di lapangan terbang sambil membawa beg pakaian.

“Bye Malaysia. Jumpa tahun depan,” ujarnya ringkas.

Sebelum ini, dalam kemas kini Insta Story, Puteri Sarah menunjukkan gambar sedang mengemas pakaiannya dan anak-anak dan memberitahu mereka akan bercuti ke Jepun.

Malah dalam hantaran itu juga, pelakon Suri Hati itu berkata dia tidak perlu meminta duit suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof untuk percutian tersebut kerana mempunyai wang sendiri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya memberi kata-kata semangat kepada Puteri Sarah agar terus kuat menghadapi masalah rumah tangganya, dan bergembira bersama anak-anak di Jepun.

“Awak contoh ibu kuat. Walau apa pun terjadi pentingkan kebahagiaan anak-anak dulu. Selamat bercuti Sarah,” kata Wajieibrahim.

“Kekuatan itu datang sendiri demi anak-anak. Biarkan Syamsul terlepas momen anak-anak yang sedang membesar. Semoga Allah bukakan jalan untuk Sarah,” kata Norraini Hashim.

Krisis rumah tangga pasangan ini kembali mendapat perhatian setelah Syamsul dikatakan sudah berkahwin dengan orang ketiga, yang dikenali sebagai Ira Kazar.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here