Jasad 30 mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali sudah diserah kepada waris

0
1

KESEMUA 30 mangsa yang terkorban akibat tragedi tanah runtuh di Jalan Genting Highlands – Batang Kali sudah dikenal pasti dan diserahkan kepada waris oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan, memaklumkan kesemua mangsa berkenaan sudah dikenal pasti setakat jam 5 petang semalam.

“Sebanyak 30 mayat telah ditemui. Proses bedah siasat untuk semua mayat telah selesai dijalankan, dikenal pasti dan diserahkan kepada waris.

“Proses mengenalpasti mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan kombinasi empat kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari, gigi dan pengecaman pihak waris pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, NADMA turut mengeluarkan senarai nama mangsa-mangsa berkenaan.

Senarai nama 30 mangsa yang terkorban tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm

“Sebarang maklumat mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” katanya.

Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya pada 2.42 pagi Jumaat lalu itu, membabitkan keseluruhan 92 mangsa yang mengakibatkan 30 mangsa terkorban, 61 terselamat dan seorang dilapor masih hilang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa masih lagi diteruskan oleh pasukan penyelamat dan kini memasuki hari kesembilan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here