Bas ekspres masuk parit, 21 penumpang terselamat

0
1

SERAMAI 21 penumpang sebuah bas ekspres terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam parit di Jalan Sungai Manik di Teluk Intan, Perak, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu dipercayai berlaku selepas bas berkenaan melanggar tiang elektrik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari kenderaan itu sendiri.

“Tiada mangsa yang tersepit, semua 21 penumpang bas termasuk pemandu kedua terselamat dalam kejadian itu.

“Hanya pemandu bas berusia lingkungan 40-an mengalami kecederaan ringan dan anggota telah membuat rawatan awal kepada mangsa,” katanya.

Difahamkan, bas dua tingkat berkenaan dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here