Laluan LPT2 KM393.4 arah Utara masih ditutup

0
1

LALUAN Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kilometer (KM) 393.4 (arah Utara) di antara Dungun ke Ajil, Terengganu masih ditutup untuk semua kenderaan.

Pihak LPT2 Sdn Bhd dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini memaklumkan kerja-kerja pembaikan susulan banjir lumpur di laluan berkenaan pada 18 Disember lalu sedang giat dijalankan.

Menurut LPT2 laluan berkenaan ditutup untuk keselamatan pengguna

“Kerja-kerja pengalihan sisa-sisa banjir lumpur, pembaikan serta pemantauan lereng bukit di KM393.4 (arah Utara) di antara Dungun ke Ajil masih sedang giat dijalankan.

“Sila ambil maklum dan rancang perjalanan anda. Kami memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi demi keselamatan pengguna jalan raya di LPT2. Sila hubungi LPT2line di talian 1-800-88-0220 untuk pertanyaan lanjut,” menurut hantaran itu.

Terdahulu dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi 18 Disember lalu, banjir lumpur berlaku di laluan terbabit yang dipercayai berpunca daripada limpahan air cerun berhampiran lokasi berkenaan.

Kejadian banjir lumpur itu turut tular menerusi media sosial, namun tiada kemalangan atau kejadian tidak diingini dilaporkan.

Susulan itu, laluan kontra diaktifkan antara Bukit Besi ke Ajil di KM392.4 hingga KM394.6 arah utara menghala ke Kuala Terengganu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here