KSN ketuai jawatankuasa saring manifesto parti Kerajaan Perpaduan

0
2

KABINET bersetuju menugaskan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menubuhkan jawatankuasa kerajaan bagi menyaring setiap manifesto dan memilih agenda yang akan diguna pakai Kerajaan Perpaduan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Kerajaan Perpaduan yang terdiri gabungan dan parti berbeza serta masing-masing mempunyai manifesto sendiri, terdapat kekaburan mengenai ikrar yang sepatutnya dipenuhi.

“Kita adalah gabungan parti yang berbeza latar belakang, berlainan dasar, dan masing-masing sebenarnya mempunyai manifesto sendiri menjelang PRU15.

“Tetapi, sekarang apabila kita berada dalam kerajaan, untuk kita menggabungkan semua manifesto dengan cepat, terdapat kekangan masa.

“Di peringkat Kabinet, sudah ada satu jawatankuasa yang berusaha untuk memilih dan menggabungkan semua program khusus daripada setiap manifesto gabungan terbabit,” katanya kepada media selepas sidang Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun Rafizi yang merupakan Ahli Parlimen Pandan menegaskan, sebarang keputusan yang akan dibuat terikat kepada satu set prinsip seperti yang digariskan seksyen 2 memorandum perjanjian (MOA) yang dimeterai pihak kerajaan.

MOA itu antara lain berikrar untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, memberi peluang ekonomi yang adil kepada golongan miskin tanpa mengira latar belakang, serta menjaga hak kebebasan berhimpun dan bersuara selain berikrar untuk menggiatkan usaha pengasingan kuasa antara tiga cabang kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here