Abdul Hadi turun padang lawat mangsa banjir

0
2

PRESIDEN PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru semua mangsa banjir di Terengganu agar dapat menghadapi musibah yang melanda dengan sabar.

Beliau berkata, pihak keselamatan sedang berusaha keras menjalankan kerja-kerja menyelamat membantu mangsa-mangsa banjir.

“Sebaik sahaja Sidang Dewan Rakyat tamat pagi tadi, saya terus bergerak ke Kemaman dan Dungun untuk melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Seberang Tayor, Tebak dan Kemasik.

“Setakat jam 4 petang, keadaan banjir di Dungun menunjukkan peningkatan mangsa banjir berjumlah 2,913 orang yang melibatkan 831 keluarga. Di Kemaman, seramai 2,597 keluarga telah dipindahkan ke PPS dengan jumlah 10,042 orang.

Abdul Hadi Awang melawat mangsa banjir. foto kredit: ABDUL HADI AWANG

“Saya mengharapkan mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Insya-Allah kami akan terus menghantar bantuan segera kepada rakyat yang terkesan.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak keselamatan yang menjalankan tugas menyelamat dan memindahkan mangsa banjir ke tempat yang selamat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyeru semua pihak berdoa agar dilindungi Allah daripada musibah banjir.

Abdul Hadi Awang melawat mangsa banjir. foto kredit: ABDUL HADI AWANG

“Saya ditemani Ahli Parlimen Kemaman, YB Che Alias Hamid, Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Chukai, YB Haji Hanafiah Mat dan ADUN Air Putih, YB Cikgu Abdul Razak Ibrahim.

“Marilah kita berdoa agar dijauhkan dan diselamatkan diri dan keluarga daripada bencana ini,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here