Shahidan, Sany bertegang urat di Dewan Rakyat mengenai PM Ke-8 tak berani

0
3
Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen PN, Datuk Seri Shahidan Kassim

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menghangatkan persidangan Dewan Rakyat hari ini apabila mengemukakan ‘point of order’ yang membangkitkan kemarahan Ahli Parlimen blok kerajaan.

Shahidan mengemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abduh agar usul undi percaya berkenaan tidak menggunakan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu bagi mempengaruhi Dewan Rakyat.

Beliau berkata, pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 tidak perlu diabsahkan lagi setelah mendapat perkenan Agong.

Shahidan berpandangan, perkara tersebut melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat Perkara 36(7), dan meminta Anwar menjadi Perdana Menteri tanpa perlu mengemukakan usul percaya, jika diyakini mempunyai keabsahan.

“Bagi kami pada pandangan kalau Agong sudah absah (pelantikan Anwar), buat apa nak bawa sini.

“Jadilah Perdana Menteri, tak perlu absah,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengemukakan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.

Bagaimanapun, suasana Dewan Rakyat menjadi gamat apabila Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan mencelah dengan mendakwa keputusan mengemukakan undi percaya dibuat kerana Perdana Menteri ketika ini mempunyai keberanian.

“Perdana Menteri kelapan (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dulu tak berani nak bawa (undi percaya), isytihar daruat, tak berani …

“Sebab kita berani sebab Perdana Menteri yang ada hari ini berani tak sama seprti yang kelapan dulu, tak berani,” katanya.

Shahidan kemudian membalas beliau terkejut dengan respons yang diberikan ahli Parlimen, selain menyifatkan kekecohan di Dewan Rakyat seperti suasana di zoo negara atau ‘orang gila’.

“Orang baru balik hospital (Hulu Langat), ini masalahnya…,” kata Shahidan.

Susulan itu, suasana Dewan Rakyat bertambah gamat apabila Ahli Parlimen Ipoh Timur Lee Chuan How masuk campur sekali gus membantah dan meminta Shahidan menarik balik kenyataannya.

“Tarik balik kenyataan yang disifatkan sangka buruk yang tak boleh diterima dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Namun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dapat mengawal situasi hangat itu dengan meminta semua Ahli Parlimen bertenang kerana usul ini akan dibahas oleh 12 orang Ahli Parlimen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here