Tanah runtuh: Usaha cari baki 9 mangsa masuk hari ketiga

0
1

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) baki mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, masuk hari ketiga hari ini.

Antara agensi utama terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Setakat jam 9 pagi, keadaan cuaca cerah dan baik manakala petugas penyelamat dilihat mula mengatur kembali gerak dalam usaha mencari baki sembilan mangsa yang masih hilang.

Sehingga semalam, seramai 24 mangsa terkorban dalam tragedi terburuk tahun ini yang berlaku pada jam 2.24 pagi Jumaat lalu.

Seramai 94 mangsa terlibat dalam tragedi menyayat hati itu.

Daripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat manakala 24 lagi disahkan terkorban dan sembilan masih dicari.

Mereka yang meninggal terdiri daripada lima kanak-kanak (lelaki), dua kanak-kanak (perempuan), 13 dewasa (wanita) dan 4 dewasa (lelaki). – Malaysiapost

Foto Kredit JBPM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here