Tanah runtuh: Pasukan kaunselor KPM bantu keluarga Nurul Azwani

0
1

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan menghantar pasukan kaunselor untuk memberi khidmat psikososial kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh, Nurul Azwani Kamarulzaman.

Menurut Menterinya, Fadhlina Sidek, Allahyarham adalah pekerja kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Mun Choong yang tinggal bersama ibunya.

“Perasaan saya malam tadi setiba di rumah Allahyarham Nurul Azwani bagai air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.

“Allahyarham Nurul Azwani merupakan salah seorang daripada mangsa tragedi tanah runtuh yang memilukan di Batang Kali,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Fadhlina turut mendoakan semoga roh Allahyarham Nurul Azwani dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Jenazah Allahyarham Nurul Azwani yang merupakan mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highland selamat dikebumikan malam tadi.

Jenazah telah disolatkan di Masjid Abu Hurairah, Batu 5 di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Taman Selaseh Gombak.

Nurul Azwani antara 24 mangsa yang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati.

Sehingga kini, sembilan mangsa lagi masih hilang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here