Tanah runtuh: Operasi SAR disambung, 12 mangsa masih belum ditemui

0
1

OPERASI mencari dan menyelamat 12 lagi mangsa kejadian tanah runtuh Jalan Genting-Batang Kali semalam, diteruskan hari ini selepas dihentikan berikutan hujan malam tadi.

Petugas dari pelbagai agensi diberi taklimat jam 7.30 pagi tadi sebelum memulakan operasi SAR mangsa yang dipercayai tertimbus dan diseret tanah runtuh.

Sehingga kini 21 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Jumlah keseluruhan mangsa adalah seramai 94 orang rata-rata terdiri daripada mereka yang melakukan aktiviti perkhemahan di Father’s Organic Farm.

Sementara itu, menerusi hantaran Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, usaha mencari 12 mangsa yang hilang giat dilaksanakan.

“Sama-sama kita doakan keselamatan saudara-saudara petugas kita dan dipermudahkan urusan semua yang berada di lapangan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here