[TERKINI] SERAMAI 92 mangsa tanah runtuh ditemui dalam di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), setakat jam 9.15 pagi ini hasil siasatan mendapati 53 mangsa ditemui selamat manakala tujuh lagi cedera.
Menurut Nadma, lapan mangsa meninggal dunia.
“Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” katanya.
Terdahulu media melaporkan, kejadian tanah runtuh itu berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm menghempap sebuah tapak perkhemahan.
Difahamkan, ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan 0.4 hektar. – Malaysiapost

