Peka amaran cuaca, elak ke tempat berisiko – Fahmi

0
1

ORANG ramai dinasihati peka dan memandang serius mengenai amaran cuaca yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKD), Fahmi Fadzil, berkata langkah tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

“Apa yang berlaku tapak perkhemahan merupakan suatu yang menyedihkan.

“Saya harap semua pandang serius amaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Menteri KKD, hari ini.

Menurutnya, kementerian akan meneliti bagaimana sistem amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dapat dipanjangkan kepada aktiviti berisiko.

“Saya telah berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sama ada kita boleh tingkatkan sistem amaran di kawasan panas,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai insiden tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali awal awal pagi tadi.

Setakat jam 11 pagi, seramai 13 mangsa disahkan terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here