Fahmi nafi sekat Ridhuan Tee muncul di televisyen

0
1

MENTERI Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menafikan beliau mengeluarkan arahan bagi menyekat pendakwah, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah daripada muncul di kaca televisyen.

Fahmi berkata, program Forum Perdana Ehwal Islam tersebut bukan di bawah bidang kuasa beliau.

“Tidak,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan amanat di kementeriannya, hari ini.

Baru-baru ini, Ridhuan melahirkan rasa kesal apabila beliau disekat menjadi panel dalam program Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Malah, Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu juga menzahirkan rasa sedih apabila rancangan bual bicara popular setiap Khamis itu turut dibatalkan kerana ada penampilan dirinya.

“Forum Perdana dibatalkan. Baru sahaja dapat notis daripada pihak RTM. Saya tidak dibenarkan keluar,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here