LIMA lagi mayat mangsa korban tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Jalan Genting-Batang Kali berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat, sebentar tadi.
Perkembangan terkini itu menjadikan sehingga kini 16 mangsa maut dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi.
Mangsa terdiri daripada tiga wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Suffian Abdullah mengesahkan perkara itu.
Pasukan penyelamat yang terdiri daripada pelbagai agensi kini giat mencari mangsa yang masih tertimbus dipercayai melebihi 20 orang.
Terdahulu media melaporkan, kejadian tanah runtuh itu berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm menghempap sebuah tapak perkhemahan.
Difahamkan, ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan 0.4 hektar. – Malaysiapost
Kredit Foto: Facebook

