PM harap perwakilan asing bantu tarik pelabur asing

0
1

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke Luar Negara dapat membantu menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar memaklumkan menerima kunjungan hormat Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke Luar Negara yang baharu di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Anwar menerima kunjungan hormat Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke Luar Negara yang baharu di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri mencadangkan agar semua Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke Luar Negara dapat membawa pendekatan lebih segar bagi tujuan berkenaan.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan semoga dapat membawa nama negara terkait hala tuju dasar luar ke tahap yang lebih baik.

“Besar harapan saya agar mereka dapat membawa pendekatan lebih segar dalam usaha menarik kembali pelaburan asing ke Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here