Amaran hujan lebat di Pahang, Johor

0
1

JABATAN Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (buruk) di negeri Pahang dan Johor, hari ini.

Dalam satu kenyataan METMalaysia memaklumkan, kawasan di Pahang yang diramal berdepan dengan cuaca buruk adalah Pekan dan Rompin, manakala kawasan di Johor adalah Mersing.

“Amaran hujan berterusan (waspada) turut dikeluarkan di kawasan lain iaitu Pahang (Kuantan dan Bera), dan Johor (Segamat, Kluang dan Kota Tinggi),” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, METMalaysia turut meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 9 pagi ini.

Menurutnya, ia melibatkan Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Bentong, Temerloh dan Maran).

“Amaran ribut petir turut dikeluarkan di seluruh Melaka manakala Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here