Semangat Kerajaan Perpaduan dibawa ke persidangan DUN Melaka – Adly

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=423010522517787&set=pb.100044265287667.-2207520000..&type=3

SEMANGAT Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan turut subur di Melaka selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) duduk di blok kerajaan bersama ADUN Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PH Negeri, Adly Zahari berkata, semangat sama di peringkat persekutuan dibawa ke Melaka selepas perbincangan bersama BN Melaka yang diadakan sebelum bermulanya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Menurutnya, kesepakatan yang terjalin antara kedua-dua parti itu menyaksikan kedudukan ketua pembangkang turut bertukar tangan.

“Dalam dewan persidangan Melaka anggota ADUN PH diterima sebagai sebahagian ADUN di peringkat kerajaan.

“Sedikit perubahan dapat dilihat dari segi susun atur dalam DUN sendiri dan juga pelantikan ketua pembangkang,” katanya pada Persidangan Penggal Pertama DUN Melaka ke-15, hari ini.

Adly turut berterima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kerana menerima kesemua ADUN PH untuk bersama-sama meneruskan agenda negeri menerusi semangat gabungan kerajaan perpaduan.

Ujarnya, mengakui dalam tempoh singkat, banyak penakrifan yang perlu dibuat, namun yakin bahawa mereka mempunyai hasrat yang sama iaitu mahu memastikan kerajaan kekal stabil.

“Pertemuan kita dengan Ketua Menteri lalu menyaksikan 26 daripada keseluruhan 28 ADUN telah berada dalam blok kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here